Pertubuhan telah mengadakan lawatan dan penyerahan sumbangan ikhlas kepada En Shafie, seorang pemandu e-hailing yang sedang menjalani rawatan di Hospital Serdang. Lawatan ini berlangsung pada 16 Ogos 2025, di mana En Shafie menghadapi masalah kesihatan serius, menyebabkan beliau tidak dapat bekerja untuk tempoh panjang.
Kami memberi sumbangan sebagai sokongan ikhlas untuk meringankan beban perubatan dan kehilangan pendapatan. Wakil Persatuan telah melawat En Shafie di wad hospital untuk memberikan semangat serta sumbangan tunai. En Shafie menyatakan rasa terharu atas kunjungan ini. Ini menggambarkan semangat kesatuan Persatuan dalam menghadapi cabaran kesihatan ahli.
Aktiviti seperti ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menjadi pelindung kebajikan, di mana kami menggalakkan ahli lain untuk melaporkan kes serupa dengan bukti supaya bantuan boleh disalurkan dengan cepat. Sertai kami hari ini untuk menjadi bahagian daripada rangkaian yang prihatin dan saling bantu membantu. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp.
Terbaikk!
Terbaik
Syabas RPE Malaysia, usaha yg hanya Allah mampu utk balas jasa anda semua. Teruskan perjuangan yg mulia ini.
Thank you Team RPE… Continue your support 🙏💪