Sumbangan Ehsan RM400 Kepada En. Hisyam Selepas Kemalangan Jalan Raya

b46b318f ae86 47fb bbee e39621690559

Kemalangan jalan raya boleh berlaku secara tiba-tiba dan meninggalkan kesan yang mendalam, bukan sahaja pada fizikal tetapi juga kewangan seseorang. Itulah yang dialami oleh En. Hisyam B. Jebar Achat, yang terlibat dalam kemalangan pada 17 November 2025.

Berdasarkan laporan polis yang diterima, kemalangan berlaku sekitar jam 1.30 petang menuju ke Inanam, apabila kereta Perodua Axia milik En. Hisyam telah melanggar belakang kereta Proton Persona yang berada di depan. Akibatnya, bahagian depan kereta beliau mengalami kerosakan serius, termasuk bumper, fender, bonet, dan lampu.

Mengikut perlembagaan PKRP (Fasal 6 dan Faedah Ahli), Pertubuhan telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan sumbangan ehsan sebanyak RM400 kepada beliau , bertujuan membantu beliau mengatasi kesulitan yang timbul.

Kami akan sentiasa komited dalam program kebajikan seperti ini, dan kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk teruskan usaha membantu mereka yang memerlukan. Ahli yang memerlukan bantuan serupa digalakkan melaporkan dengan bukti ringkas. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top