Pertubuhan Serahkan Bantuan Kebajikan kepada Ahli Baharu En Muhammad Yazid

header picture

Pertubuhan sekali lagi membuktikan dedikasinya dalam menyokong komuniti pemandu e-hailing dengan menyerahkan bantuan kebajikan kepada ahli baharu, En Muhammad Yazid, di kawasan perumahan pada 24 Ogos 2023. En. Muhammad Yazid.

Mengikut perlembagaan Pertubuhan (Fasal 6 dan Faedah Ahli), kami menyediakan sumbangan khairat kematian sebanyak RM400 untuk meringankan beban beliau. Penyerahan ini dilakukan secara langsung oleh wakil Pertubuhan En. Sivakumar di lokasi kediaman En. Muhammad Yazid. Beliau menyatakan rasa terharu atas sokongan ini.

Ini adalah inisiatif Pertubuhan untuk membina komuniti yang saling bantu. Kami menggalakkan pemandu e-hailing lain yang menghadapi masalah serupa untuk mendaftar sebagai ahli dan melaporkan keperluan dengan bukti ringkas. Sertai Pertubuhan kami hari ini untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian kebajikan. Untuk pertanyaan, hubungi kami melalui WhatsApp atau lawati laman web rasmi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top