En. Kumar, yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, A. Komala, dalam satu kemalangan maut di Johor Bahru pada 20 November 2025. Kami dari Pertubuhan Kebajikan RPE Malaysia ingin membawa ucapan takziah daripada komuniti pemandu.
Sebagai respons pantas, Pertubuhan telah mengatur sumbangan ehsan bertujuan memberi sokongan moral dan kewangan kepada beliau dalam tempoh berkabung ini. Mengikut garis panduan pertubuhan, sumbangan kematian sebanyak RM400 telah diserahkan kepada En. Kumar.
Inisiatif ini adalah peringatan kepada semua ahli persatuan, ahli yang mengalami kehilangan serupa digalakkan melaporkan kepada kami supaya bantuan dapat disalurkan. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk maklumat lanjut atau bantuan.

